Monday, 13 February 2012

SAY NO to Valentine's Day.



Assalamualaikum...


Ya, dalam menuju bulan Februari tahun ini, kita semua akan melalui 2 hari yang istimewa, antaranya Maulidur Rasul dan ehem2, Valentine's Day. Almaklumlah, jika disebut soal2 berkaitan agama memang kurang sikit sambutannya berbanding yang satu lagi tu. Jadi di sini tersangat suka cik njwa ingin memperingatkan kawan2 sekalian agar kita sama2 berjuang habis-habisan dalam membasmi hari dimana berlakunya maksiat. Hari inilah dimana ramai gadis2 diluar sana akan terpedaya dan 'ter'perkosa oleh jantan2 buas diluar sana. Jadi, cik njwa menyeru wahai pendakwah2 sekalian agar MEMPERHEBATKAN lagi dakwah kalian dalam membendung gejala ini. Ayuh, peringatkanlah teman-teman diluar sana melalui sms, blog, facebook, twitter, media massa dan sebagainya. Jom kita perangi habis-habisan si kufar.



Tarikh 14 Februari ini  merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.

Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.

Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah HARAM. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.

Tak perlu mencari alasan untuk menghalalkan sesuatu yang sememangnya haram. 
Tak perlu mencari madah-madah untuk membetulkan sesuatu yang sememangnya salah.. Ingat!!!
 'MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA'



Cinta tidak perlu dibuktikan dengan sejambak  bunga yang bisa layu, sekotak makanan manis yang merosak gigi, atau jalan-jalan di malam hari yang merosak kesihatan...

Cinta sejati dibuktikan dengan komitmen kepada Allah untuk bersama-sama mengejar syurga =) ♥

p/s : org zman skrg niy, yg hram tuh larh nk bwt... Hye... Dnia dh akhir zman katakan...

Utk mengetahui dgn lebih lanjut, bolehlah klik sini ye...HARI VALENTINE DAY.

5 comments:

  1. Valentine Day is CANCELED this year...
    Mathematical proof: 14-02-12 = 0

    ReplyDelete
  2. Heee...:D
    Ha'ah larh...
    Bru jer prasan niy...

    ReplyDelete
  3. Benar, matlamat takkan menghalalkan cara. Sampai bila- bila. Perincian berkenaan sambutan yang satu ini. Keburukan Sambutan Valentine - 1

    ReplyDelete
  4. sampai bila-bila pun hari valentine takkan disambut~~~

    ReplyDelete