Monday, 30 January 2012

Sekitar Novel Berikan Cintamu...



Assalamualaikum...
Hri niy nk citer ckit tntg nvel Berikan Cintamu pula...
Cik njwa shuker sgt2 ini nvel...
Nk2 wtak Azalan tuh...
Pergh!!!
Mmg trbuai hbis larh prasaan cik njwa dgn wtak si Azalan niy...
Cik njwa ykin smua pmpuan yg ada di luar sner tuh mncri2 lelaki yg mcm Azalan niy...


"Tiada ucapan, tiada tulisan... yang ada hanya perasaan"


Sinopsis :

Sebuah cerita yang pasti mencuit perasaan anda dengan gelagat orang bercinta. Eza Nylea terlalu mendambakan cintanya kepada Rizal sedangkan lelaki itu langsung tidak menghargai kejujuran, ketulusan dan pengorbanannya. Dia sahaja yang terlalu setia sebagai seorang kekasih, tetapi Rizal langsung tidak memahami perasaannya.

Justeru itu, ketika Eza memendam perasaan, hadirnya seorang sahabat yang baru dikenali bernama Azalan. Lelaki itulah yang sudi berkongsi rahsia hati dan perasaan Eza. Persahabatan itu, akhirnya termeterai dengan ikatan kasih sayang.

Eza keliru. Antara Rizal dan Azalan... yang mana harus diberikan cinta? Di sana masih mencintai, di sini menagih kasih. Pada masa yang sama Eza berhadapan dengan kerenah bekas rakan-rakan serumahnya semasa menuntut di universiti. Penganiayaan dan fitnah sudah menjadi kudis buatnya. Adakah Eza terus berdiam diri setelah pelbagai penyeksaan dilakukan oleh mereka sehingga dia hampir diragut kesuciannya?

Sunday, 29 January 2012

Bermula Dengan Hati Seorang Wanita, Berakhir Dengan Rinduku Cintaku...




Assalamualaikum.. Selamat pagi semua.. Pagi ini gatal nak berjiwang.. Lama gila rasanya tak berjiwang secara serius.. Jom!!! Jom!! Kita mulakan dengan HATI SEORANG WANITA..

* * * * * * * *

      
Farhana.. Nothing extraordinary.. But still, she is special.. Just the way she is.. Hatinya tetap HATI SEORANG WANITA.. Jauh di sudut hati wanita ini, ada harap di satu saat nanti, kamu.. Ya!! Kamu!! Akan meLAFAZKAN CINTAMU.. BICARA HATInya, tetap dan akan terus menanti.. Biarlah apa jua melanda, jarak jadi penghalang, masa jadi pemisah, biar datang GERIMIS DI HATI, biar dilambung ombak tsunami..

      
Yakinlah.. Di sini KASIHKU ABADI.. Mungkin ada saat-saat yang mana kita makin jauh.. Dek dihambat kesibukan yang tak henti datang menjengah.. Saat itu mungkin kau merasa angin meyapa lembut pipimu, hujan memercik lembut di jemarimu, sesungguhnya itulah titipan BISIKAN RINDUku.. Moga aku, moga kamu, tetap terus sabar dan tetap terus SETIA MENANTI.. Dan tak akan terasa walau secalit perasaan yang SEPI TANPA CINTA..


Dalam hidup, kita selalu bermimpi.. Namun kadang waktu, hidup yang kita lalui mungkin TAK SEMANIS IMPIAN yang kita mimpi.. Tapi orang kata, cinta itu kehidupan dan kehidupan itu cinta.. Jika kau sedar betapa MANISNYA CINTA, hidup tetap penuh makna biar ianya tak semanis impian..

Kamu ibarat MR. CINDERELLAku.. Hadirmu bawa senyuman di wajahku (lain kali bawa rombongan meminang ekkk!!)..

Duduk menyendiri, di petang yang redup, SEREDUP KASIHMU.. Entah kenapa, tiba-tiba, fikiran ini melayang jauh memikir kamu nun di sana.. Ahh!! Rindu bertandang lagi.. OMBAK RINDU yang ku rasa ini tak pernah lelah menghempas pantai, akan terus berombak walau seribu tahun lagi.. ( Seribu jerrr???)

Ya!! Seribu tahun lagi.. Itulah SETULUS JANJIku.. Walau aku sendiri masih tak pasti, ada kasihkah di hatimu, CINTA KE kau kepadaku..??? Andai ada, aku juga tak pasti SEDALAM manakah CINTAMU, ORIGINALkah cintamu, tapi ANDAI ITU TAKDIRNYA untuk kita, satu hari tetap jua bersemi.. Dalam GEMERSIK KALBUku, satu waktu nanti aku yakin, akan ada CINTAMU DI HATI.. 

Ketahuilah engkau sesungguhnya HARGA CINTAku sangat tinggi sehinggakan ianya tidak boleh dinilai dengan wang atau apa sahaja pun dan CINTAku padamu TIADA AKHIRNYA... KASIHku padamu begitu SUCI...Kaulah DOKTOR CINTAku... Hanya engkau sahaja yang boleh merawat hati ini...RINDUKU dan CINTAKU hanyalah utkmu seorang... 

* * * * * * * *

Segala yang dicoret tiada kena mengena dengan tuan blog atau mana-mana individu yang hidup atau yang telah tiada.. Hanya rapuan semata di saat kebosanan.. Harap maklum.. Heee...:D 

Sekitar Novel Bicara Hati...



Assalamualaikum...
Hah!!!
Mter pown dh ngantok...
Tp...
Ttap nk tlis jgak tok nvel trakhir niy...
Bicara Hati...


“Tatkala sendirian…hatiku terdengar dengupan Cintamu”

Sinopsis :

DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.

Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.

Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.


Sayangku…

BUKAN aku pinta untuk jatuh cinta.Mungkin satu ketentuan bahawa kita memang telah dijodohkan. Aku takut kehilangan teman yang aku sayang dan kehadiran kau memang tepat pada masanya.

Aku tidak pasti sebenarnya! Adakah wajar tindakan kita dalam mencipta ikatan yang tidak pernah aku fikirkan selama ini?

Tanpa kasih sayang seperti pasangan lain, kau dan aku bersatu! Jangka waktu yang kita ambil untuk menyempurnakan ikatan ini akhirnya telah menghanyutkan kita dengan perasaan sayang anugerah TUHAN. Aku berjaya menempatkan perasaan dalam jiwamu dan kau telah mencuri hatiku ini tanpa aku sedar.

Tetapi, mengapa mesti kita berjauhan hanya kerana sedikit rintangan yang datang dalam kehidupan kita? Mengapa harus kau dan aku menjadi mangsa perpisahan ini seandainya kita perlu memendam kerinduan yang amat membebankan? Jadi… janganlah kau meninggalkan aku bersama-sama kerinduan yang hanya akan menjadi milikmu. 

Pulanglah! Kerana hanya kau yang kurindu…

Tatkala sendirian hatiku terdengar degupan cintamu…