
Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya
pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua
kecerahannya. Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta
tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali. Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan
harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama
lain. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang
kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada
tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak
bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA. Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu
seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti
sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita-cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke
penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan
menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita
akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah
kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah
rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu
tinggi. Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun
dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat
dalam setiap percintaan. Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah
menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya.
Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu... Kau akan menyedari dia adalah
cinta yang tidak pernah kau sedari…. Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati
berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah.
No comments:
Post a Comment