Sunday, 25 December 2011

Doa Utk Kekasih...

Ya Allah.. Seandainya telah engkau catatkan dia milikku, tercipta buatku, satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi dan ya Allah ya tuhanku yang maha mengasihi seiringkanlah kami melayari hidup ini ketepian yang sejahtera dan abadi. Tetapi ya Allah seandainya telah engkau takdirkan dia bukan milikku bawalah ia jauh dari pandanganku, luputkanlah ia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan, serta ya Allah ya tuhanku Yang Maha Mengerti berikanlah aku kekuatan, lontarkanlah bayangnya jauh ke dada langit bersama senja nan merah agarku bisa bahagia walaupun tanpa bersama dengannya ya Allah Yang Tercinta, gantikanlah yang telah hilang tumbuhkanlah kembali yang telah patah walaupon tidak sama dengan dirinya. Ya Allah ya tuhanku pasrahkanlah aku dengan takdirmu sesungguhnya apa yang telah engkau tahdirkan adalah yang terbaik buatku kerana engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hambamu ini. Ya Allah cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat. Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini jangan engkau biarkan aku sendirian didunia ini mahu pun di akhirat dan janganlah menjuruskan aku ke lembah kemaksiatan dan kemungkaran, maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup yang engkau redhoi dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh amin…..yarobbalalamin.

No comments:

Post a Comment