Wednesday, 28 December 2011
Kali pertama aku mengenalimu, aku sudah jatuh cinta...
Pertama kali mengenali dirinya, aku sudah tertawan kerana sikapnya yang manja dan kelakar. Dia memang pandai membuat aku ketawa. Di mataku dia sgt 'perfect'. Dia juga pada dasarnya seorang yang penyabar dan perwatakan itulah yang membuat kami jarang bergaduh! Di dalam perhubungan kami ini, dialah yang banyak beralah.Tetapi asam garam dalam kehidupan, biarkanlah. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula manusia. Aku dan dirinya menerima setiap pergaduhan kecil atau berselisihan pendapat sebagai rencah dalam hubungan dan ianya boleh diselesaikan jika masing-masing saling cuba bertolak ansur dan hormat menghormati. Kami selalu bergurau senda dan itulah kebahagiaan dalam hubungan ini. Hinggakan jika tidak bertegur sapa, aku merasakan seakan satu kelainan sahaja dan hidupku seperti tidak sempurna. Dia juga seorang yang penyayang. Dia sentiasa menyokong aku dalam setiap apa yang aku lakukan. Aku rasa sangat bahagia apabila dikurniakan seorang kekasih yang romantis, penyayang dan pandai ambil hati. Kami saling sayang menyayangi dan 'handphone'lah penghubung antara kami. Rasa tidak sanggup nak berpisah dan kasih sayang kami terus mekar hingga ke saat ini. Semoga hubungan kami ini akan terus aman, dirahmati oleh Nya dan ditambah lagi dengan kasih sayang yang berpanjangan. Aku berdoa supaya kita diberi ketabahan dan kesabaran untuk menempuhi segala dugaan dan cabaran dalam hidup ini. Buat si dia, aku amat menyayangimu. Percayalah sayang, kaulah segalanya bagiku. Kehadiranmu sangat bermakna dalam hidupku. Aku menghargai setiap detik yang kau luangkan untukku.Terima kasih kerana menerima aku seadanya, sayang...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment