Sunday, 29 January 2012

Sekitar Cintamu Di Hati...



Assalamualaikum...
Skrg nk citer psal novel cintamu di hti plak...
Heee...:D
Mlm niy rser mcm nk tlis psal smua novel yg cik njwa dh bcer ajer...
Heee...:D


"Ku bawa cintamu walau ke mana meskipun ia bukan milikku"

Sinopsis :

Kata orang... kita boleh jatuh cinta dalam sekelip mata tapi untuk melupakannya hampir sepanjang hayat. Sememangnya, cinta pertama terlalu sukar dilupakan. Meskipun tidak berakhir dengan satu ikatan suci, namun kenangan itu tetap utuh di hati, terpahat teguh di sanubari.

Seri terperangkap antara dua perasaan; cinta suci seorang lelaki dan cinta sejati kekasih lama. Keteguhan hatinya terduga apabila Zulfy semakin dekat padanya. Setiap waktu bersama Zulfy meletakkannya dalam kemelut perasaan. Kenangan cinta pertama mereka kembali memburu hingga mengundang cemburu Azlan. Dalam melawan arus asmara terlarang, kesetiaan Seri terus-terusan diragui.

Takdir ALLAH tiada siapa dapat menghalang, ujian datang tiada siapa dapat menduga. Seri terus tabah menghadapi segala rintangan dalam mencari bahagia yang hilang. Jalan yang dilalui tetap berliku. Bahagia yang dicari ibarat fatamorgana. Ada waktunya dia hampir mengaku kalah dengan takdir. Ada saatnya dia hampir tersungkur dalam mencari sejalur sinar.

Hari berlalu... dan dalam pencarian itu, hatinya sering berkata, milik siapakah cinta ini? Masih adakah cinta kedua buatnya?

Hockey...Nk citer skit tntg citer niy...

Kisah ini menceritakan tentang seri yang setia menyintai Zul. Begitu juga sebaliknya, tetapi cinta mereka ditentang hebat oleh ibu Zul. Seri sakit hati difitnah ibu Zul, lalu nak menjaga perasaan keluarganya, Seri menerima Azlan sebagai suami. Zul membawa diri ke luar negara.

Ternyata Azlan seorang suami yang baik. Kelahiran Balqis memutikkan rasa cinta seri terhadap Azlan. Atas tuntutan tugas, Seri terpaksa ke Venice. Di sana dia bertemu Zul yang masih tidak dapat melupakannya.

Azlan meragui hati Seri kerana dia tau Seri dan Zul saling menyinta. Azlan sanggup membawa seri ke venice dan berhadapan dgn zul utk clear things up among themselves. Tiba2 Zul muncul bersama Marisa yg diperkenalkan sebagai bakal isterinya. Azlan lega dan kembali dengan rasa senang hati.

Tiba2 Zul muncul kembali sebagai rakan sekerja Seri. Seri tidak mahu Azlan curiga dan cuba merahsiakan tapi semuanya terbongkar jua. Seri keguguran semasa di tempat kerja dan Zul membawanya ke hospital. Azlan menyalahkan Seri kerana cuai menjaga kesihatan dirinya hingga bayi mereka keguguran. Azlan semakin sukar mengawal rasa cemburunya lalu menceraikan Seri supaya dapat kembali kepada Zul. Seri kecewa dan membawa diri melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dia melahirkan Aiman di sana. Setelah bergelar Dr, Seri kembali ke Malaysia bersama Aiman. Aiman terlalu teruja utk bertemu bapanya lalu memanggil Zul sbg daddy walaupun Seri cuba menghalang. 

Seri dan Azlan bertemu kembali setelah aiman dimasukkan ke hospital kerana asma. Azlan menyangka Aiman anak Zul dan Seri kerana Aiman memanggil Zul 'daddy' tetapi setelah mengetahui umur Aiman Azlan tahu yg sebenarnya Aiman adalah darah dagingnya. Entah macam mana terbongkar rupa2nya Aisyah, kawan baik seri yang selama ini meracuni fikiran Azlan sejak dulu supaya menaruh syak wasangka terhadap hubungan Zul-Seri hinggakan membawa kepada penceraian.

zul tu macam mana ntah, sekejap macam taknak kacau Seri, tapi then macam yakin nak sangat kat seri sampai tak peduli tindakannya itu merosakkan keharmonian rumah tangga Seri.

Hockey...Salam...

No comments:

Post a Comment