Wednesday, 18 January 2012

Perkara-Perkara Yang Menumpulkan Otak...

Assalamualaikum...

gambar hiasan : otak-otak umm nom nom nom!
Cik njwa nak share beberapa perkara yang menyebabkan otak tumpul yang mungkin kita tak sedar selama ni ataupown maybe sedar tapi wat derk jer...


1) BOTOL MINUMAN

Ramai antara kita yang suka beli air mineral dalam botol kan? yang dijual kat kedai 1 Malaysia RM0.39 manakala kat Golden Screen Cinema RM2.00.. Ramai yang suka guna semula botol tu dan wariskan botol minuman kesayangan tu hingga ke cucu cicit dia org.. Kalau student mesti ada dalam beg bawak pi sekolah... kalau orang dewasa pulak mesti ada dalam kereta nak minum kala terperangkap dalam jem...


Sebenarnya bahan botoi plastik tu(polyethylene terephthalate or PET) mengandungi karsinogen or DEHA. Kalau nak guna semula jugak takat 2 kali jer and jangan dedah kepada sang suria.. Sebaiknya, beli 1 pastu minum sampai habis sekali teguk and buang dalam tong kitar semula warna oren yer? Taw tak, kalau kita ulang cuci botol tu lapisan plastik mengandungi karsinogen akan terhakis... Tuh akan masuk dalam air tuh.. So kalau nak guna bekas air baik korang beli bekas air yang banyak dijual yang warna-warni tuh sebab yang tuh selamat.



2) MI SEGERA
nyam nyamm
Mee Segera atau nama manja nya megi memang feveret bebudak hostel termasuk cik njwa sndri..ngeh3.. Menurut doktor dalam mi segera ada lilin dan tubuh kita amik masa 2 hari nak bersihkan lilin tersebut.. Kalau tetiap hari makan megi boleh jadi kanser taw.. Kalau nak makan jugak sekali sekala nanti mesti dapat bala..hukss...Biasanya kwn cik njwa akan celur dulu megi tu dua tiga kali and tos baru dia makan sebab nak buang lilin tu.. Tapi tak tawla dapat buang habis ke tidak..huhu...Cik njwa x pnah plak celur2 niy...Mlas deh...Tros jer msak...Siap...Ahak...(^.*)

3) SATE
pehh pehh
Sate pon menumpulkan otak?? pergh!!! niy tak tahan niy..dah larh boleh koma kalau tak makan sate sehari..Heee...:D Konon... Haa jangan risau dengar baca dulu.. Bila kita makan sate kita juga makan karbon daripada arang bakar sate tuh.. Arang tu leh menyebabkan kanser dan sel-sel otak tidak berkembang and membuat kita susah berkonsentrasi.. Sate niy ada karsinogen (penyebab kanser)..Sebab tu lah peniaga sate niy letak timun sebab timun ada anti-Karsinogen.. haa pandai kan penjual sate? Jadi timun tu makan.. Jangan dok baling kat kucing jer.. kucing makan timun ker? huhu kalau korang cakap penjual sate kedekut bagi timun dua helai jer korang beli larh timun dua puluh biji and lahap sepuasnya lepas melahap sate..

4) MEROKOK 
wordless rabu
Tengok tu gambar otak tu..lagi mau merokok? macho haper merokok..kalau pakai brylcreem MASIH TERPACAK tu macho larh..huhu.. taw tak bangsa Yahudi tak merokok walaupon rokok berasal dari Yahudi sebab dia org tahu kalau merokok akan membuat anda dan keturunan menjadi kurang pandai dan lembab. Sebenarnya cik njwa nak cakap bodoh tapi tak sopan. Humm sedangkan bangsa Yahudi genius, kaya dan berjaya dalam hidup dia org.

DUNHILL = Dunia Umpama Neraka Hidup Ibarat Layang Layang


5) KOPI

Jangan minum kopi secara berlebihan.. Pakar mensarankan minum kopi maxima hanya tiga cawan itupon cawan yang berukuran kecil...Mai secawan! hehe..:D



6) PEMBUNGKUS MAKANAN 



Pembungkus makanan merupakan sebahagian dari makanan yang sehari-hari kita makan. Certain people anggap pembungkus makanan just pembungkus makanan.Actually depends on bahan pembungkus tu jugak.. Kita kena pandai tengoklah pembungkus yang ada fungsi kesihatan, pengawetan, penyeragaman dan maklumat pemakanan yang betul..Pembungkus yang bersentuhan terus dengan makanan tak bagus sebab kita tak tahu tahap kebersihan pembungkus tu.. Contoh yang bagus adalah daun pisang sebab daun pisang ni bahan semulajadi komfem-komfem selamat..Sila berikan tepukan gemuruh kepada nasik lemak warisan datok moyang kita. :)



7) TIDAK SARAPAN
Ramai yang wat tak endah jer pasal bekfas.. Selalunya brunch (breakfast+lunch) jer kan korang tambah-tambah musim cuti skulah.. Kalau kita tak makan apa-apa waktu pagi akan menyebabkan turunnya kadar gula dalam darah. Seterusnya, kemasukan nutrition dalam otak kurang dan akhirnya jadilah kemunduran otak.. Sebab tu sapa tak bekfas longlai jer dalam kelas.. Walaupun cikgu yang mengajar seksi macam Beyonce dia tetap mengantuk..huhu.. Bahaya taw tak bekfas niy sebab kita boleh pitam. Paling malas nak bekfas makan biskut merry cicah air sejuk pown hockey.. Nama lain bagi bekfas adalah sahur :)


8) MAKAN BERLEBIHAN
boypren sapa la nie :P
Terlalu banyak makan akan  mengeraskan pembuluh otak yang akan menurunkan kekuatan mental.. Jadi makanlah dalam kadar yang normal..Amalkan makan apabila lapar berhenti sebelum kenyang.. Jangan amalkan mentekedarah walaupun kenyang dan berhenti setelah semputt..haaaa~~semputt~~~ (cakap macam sepah raja lawak)


9) KURANG TIDUR


Time tidur la kita nak wet dream merehatkan otak. Kalau tidur tak cukup sel-sel otak akan mati kepenatan. Tapi jangan nak over tidur pulak nanti akan menyebabkan kita menjadi malas dan mandom.. Tidur 6-8 jam sehari agar segar bugar.. Ni tak, dah lah time sekolah x tido sebab dok sebok siapkn hmwork smua...Bila cuti pulak balas dendam tido sampai koma dan bangun hanya pabila esoknya nak kembali ke sekolah semula.. Tak balance arr camtu..

10) KURANG BERFIKIR
umm nom nom nom!!
Berfikir adalah cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurang berfikir akan membuat otak menyusut dan akhirnya tidak berfungsi secara maksima.. Rajin membaca, mendengar muzik dan bermain permainan seperti catur, sudoku dan rubix cube akan membuat otak anda terbiasa berfikir secara aktif dan kreatif. Jangan asyik pikir macam mana nak ponteng sekolah jer..huhu..


11) MINUM MINUMAN BERALKOHOL

Antara kesan minuman keras ialah memperlahankan fungsi sistem saraf pusat dan mengubah persepsi, emosi, pergerakan, penglihatan, dan pendengaran seseorang..Ada banyak lagi kesan fizikal dan mental tapi malas lah nak cerita sebab kalau citer leh wat novel kowt.. Hahak...Kalau anda orang Islam ingat jer arak tuh HAROMMM!!

12) TERLALU LAMA MENGGUNAKAN TELEFON

Kalaw dah bergayut memang larh angau habeh sampaikan lupa yang tengah iron shawl baru habis terbakor.. cik njwa larh tuh..wakaka.. Akibat kalau terlalu lama gayut niy akan memberi kesan kepada perkembangan otak disebabkan gelombang elektromagnetik dari henpon kite.. Baik skype jer ye tak? kihkihkih

13) ONANI

Jangan onani pada bulan posa nanti batal tahu..tapi dengar lagu awan onano tak pe :)

Hockey...Salam...

p/s :Semua info ni cik njwa jumpa merata and cik njwa olah ikut ayat cik njwa supaya korang senang paham..Maaf sgt2...cik njwa lupa pulak mau copy link sumber-sumber tu..

2 comments:

  1. baguih2 ,rajin nya cik najwa kita :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee...:D
      Pabila cik njwa mler giler mau mgupdated blog...
      Tuh dyer...
      Dr semasa ker smasa mau updated jer...
      Heee...:D

      Delete