Saturday, 21 January 2012

Sekitar Novel Ombak Rindu..



Assalamualaikum...
Skrg cik njwa nk citer tntg novel Ombak Rindu plak...
Cik njwa bru jer hbis mmbcernyer smalam...
Wow!!!
Citer yg btol2 mghayat htie...
Cik njwa sndri mngalirkn air mter smasa mmbcernyer...
Thniah diucapkn kpd pnulis nvel trsebut iaitu Fauziah Ashari...

Ombak Rindu 

Sinopsis.
IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


Antara dialog2 yg cik njwa shuker skali ialah : 

"Kemarahan dan cacian itu membuahkan kebencian dan cemburu berlebihan itu kunci penceraian.Kalau abang ke tempat yang tak elok atau berjumpa dengan orang yang tiada haknya , Izzah kecewa. Walau macam mana pun Izzah bohong kalau mengatakan langsung tak cemburu. Adalah sikit tapi nak buat macam mana kan, dah nasib Izzah begini. Asal abang tak lupa pada Izzah, sesekali menjenguk Izzah dah cukup baik. Izzah amat berterima kasih sekali jika abang jujur, ikhlas, dan menepati janji juga berlaku adil."

p/s : mser cik njwa bcer time niy, air mter cik njwa dh mngalir lju...Sayu htie cik njwa mndgr Izzah brkata bgitu...

------------------------------------------------------------------------------------

"Tapi Tuan...."
"Tak ada tapi-tapi lagi! Pak Dollah sedar diri sikit, ya. Pak Dollah tu merempat. Jangan sibuk dengan peribadi saya. Kalau bukan kerana arwah ayah saya,  Pak Dollah tak makan tau! Salleh takkan berjaya! Cucu Pak Dollah tu dah lama mati! Bini Pak Dollah tu pun dah lama mati agaknya. Kebulur tak makan,"...

p/s : time niy cik njwa dh mnjerit sakan...Perghhh!!! Gram dgn Hariz yg bnr2 kuang hjar...Klau cik njwa dh bg mkn sbijik pnumbuk cik njwa niy ha kat Hariz tuh... Dsar ank x thu dek untung btol...!!!Mare niy...Huh!!!

------------------------------------------------------------------------------------

"Aku belum habis cakap! Kau dengar sini baik-baik!"
Pak Dollah menolak Hariz hingga lelaki itu terduduk di kerusi.
"Anak sulung Datuk Sufiah meninggal ketika dilahirkan. Anak keduanya juga meninggal ketika dilahirkan. Dan kau dilahirkan pada hari yang sama dengan kelahiran anak kedua Datuk Sufiah. Kebetulan aku terserempak dengan mereka yang kau anggap sebagai keluarga kau tu. Mereka itu cuma keluarga angkat kau! Aku jumpa ayah angkat kau tu semasa kami dalam tentera lagi. Dia menangis kehilangan kedua-dua anaknya. Dan, dia takut isterinya tak dapat menerima kenyataan  Datuk Sufiah jatuh sakit ketika  kehilangan anak pertama. Orang yang kau anggap sebagai ayah tu tak mahu terjadi sesuatu yang buruk pada isterinya lagi. Kerana sayangkan isterinya, dia merayu kepada aku supaya menyerahkan kau kepadanya. Dia janji akan memberi kasih sayang dan kehidupan yang baik pada kau kalau aku serahkan kau pada dia. Aku terhutang budi dengan ayah angkat kau tu. Dia banyak menolong aku semasa kami bersama dalam tentera. Kerana ingin memberi kehidupan padanya juga ingin membantu seorang kawan, aku sanggup tipu mak kau yang sebenar. Aku katakan padanya, kau dah mati sedangkan kau hidupsenang-lenang di villa ni. Aku bersyukur sekali kerana mak kau seorang yang tabah dan redha. Dia tetap bahagia dengan anak-anaknya yang lahir selepas itu."

p/s : time niy cik njwa dh trsenyum kmenangan...Go Pak Dollah Go!!!!

------------------------------------------------------------------------------------

" You tahu Encik Hariz di mana sekarang ni?"
"Tak. Mana dia pergi? Berbulan madu untuk kali kedua ke?" Izzah masih tidak memandang Fatin yang semakin sakit hati melihat sikap Izzah.
"Dia accident, tau tak! Dia di hospital dan sekarang ni di ICU!" Fatin bersuara keras.

p/s : Tersirap drah cik njwa tika niy...Ksian Hariz....Mlang x brbau...Hariz...Owh Hariz...

------------------------------------------------------------------------------------

"Anak mak. Setiap hari mak mendokan kau. Setiap hari mak mengingati kau. Rupa-rupanya kau masih hidup lagi.'
Kemudian Mak Jah bingkas menarik tangan Hariz mengikutinya seraya bersuara. "Mari nak, mari mak tunjukkan baju yang mak kaitkan untuk kau. Mak kait masa kau dalam perut mak lima bulan. Baju tu mak tak kasi adik-adik kau pakai kerana itu aje kenangan mak dengan kau. Kalau mak ingat kau, mak akan cium baju itu. Mari nak."

p/s : time niy air mter cik njwa sudah berjuraian di pipi cik njwa.


----------------------------------------------------------------------------------


Ombak yang bergelora kian menghilang
Rindu yang terlerai tampak indah
Bila... 
Tabir cinta Hariz tersingkap
Semarak cinta Izzah terbela
Lalu...
Hariz dan Izzah melekar bahagia.


p/s : like!!!like!!!like!!!


----------------------------------------------------------------------------------



Itulah serba sedikit yg cik njwa dpt kongsikn kpd smua.
Hye...
Mmg sbuah nvel yg bnar2 mghayat hti.
Kpd yg blom memiliki nvel trsebut, mliki larh dgn sgera...
Anda psti tdak akn nyesal pnyer...
Hockey salam...

No comments:

Post a Comment