Monday, 30 January 2012

Sekitar Novel Berikan Cintamu...



Assalamualaikum...
Hri niy nk citer ckit tntg nvel Berikan Cintamu pula...
Cik njwa shuker sgt2 ini nvel...
Nk2 wtak Azalan tuh...
Pergh!!!
Mmg trbuai hbis larh prasaan cik njwa dgn wtak si Azalan niy...
Cik njwa ykin smua pmpuan yg ada di luar sner tuh mncri2 lelaki yg mcm Azalan niy...


"Tiada ucapan, tiada tulisan... yang ada hanya perasaan"


Sinopsis :

Sebuah cerita yang pasti mencuit perasaan anda dengan gelagat orang bercinta. Eza Nylea terlalu mendambakan cintanya kepada Rizal sedangkan lelaki itu langsung tidak menghargai kejujuran, ketulusan dan pengorbanannya. Dia sahaja yang terlalu setia sebagai seorang kekasih, tetapi Rizal langsung tidak memahami perasaannya.

Justeru itu, ketika Eza memendam perasaan, hadirnya seorang sahabat yang baru dikenali bernama Azalan. Lelaki itulah yang sudi berkongsi rahsia hati dan perasaan Eza. Persahabatan itu, akhirnya termeterai dengan ikatan kasih sayang.

Eza keliru. Antara Rizal dan Azalan... yang mana harus diberikan cinta? Di sana masih mencintai, di sini menagih kasih. Pada masa yang sama Eza berhadapan dengan kerenah bekas rakan-rakan serumahnya semasa menuntut di universiti. Penganiayaan dan fitnah sudah menjadi kudis buatnya. Adakah Eza terus berdiam diri setelah pelbagai penyeksaan dilakukan oleh mereka sehingga dia hampir diragut kesuciannya?



Ulasan drpd cik njwa :

Cerita cinta yang biasa tapi diolah dgn baik oleh penulis dgn memasukkan pergolakan dlm cinta, melibatkan kepercayaan, komunikasi, kawan yang makan kawan, kawan yang setia, seorang kekasih yang teguh cintanya hingga membutakan mata hatinya utk menerima cinta baru yang jauh lebih baik, orang sekeliling yang mudah menerima fitnah, keluarga yang penuh kasih sayang, keluarga yang penuh pergolakan, *apa lagi ek? (garu idung)* hmm hasad dengki, sakit hati, balas dendam, cemburu kata2 nasihat dari seseorang yg benar2 mengambil berat, siap disulam dengan tafsiran al-Quran dan petikan hadis. yg penting, ending dia besT!!! hehe

Temanya dan konfliknya mudah. Namun, persoalan besar yang berlegar-legar dalam kepala cik njwa selepas membacanya: benar-benarkah cinta itu buta sehingga setelah bercinta, seolah-olah tiada lagi lelaki lain yang dapat mengisi hati seorang wanita walaupun jelas lelaki itu lebih segalanya daripada si kekasih hati. Segalanya, termasuklah jumlah perhatian dan komitmen yang boleh diberi.

Semasanya membaca, terasa betapa bodohnya watak Eza yang sanggup menanti Rizal, seorang technician yang hanya bermotosikal Yamaha sejak berkenalan yang hanya bertindak bertemu dengan kedua ibu bapa Eza setelah terdesak dan terancam, setelah 7 tahun bercinta dan setelah hilang manis tangan Eza dipimpin ke hulu ke hilir. Rizal seorang yang bergaul bebas dengan kawan-kawan lelaki dan perempuan.

7 tahun.. mungkinlah. Sayang nak tinggal...

Tapi Azalan seorang yang selalu mengingati Tuhan. Apalah yang lebih baik daripada mereka yang melebihkan Tuhan daripada segala yang ada di dunia? Bukankah elok agama, eloklah dunianya? Malah, Azalan ada segalanya cuma bukan cinta Eza.

Memang tak mungkin lagikah untuk berhijrah walau setelah satu tempoh yang lama bersama?

Lagi satu persoalan yang sangat best. Azalan si alim terpaut hati pada Eza, seorang gadis tak bertudung yang telah tercemar sosialnya dengan pergaulan bebas bersama Rizal. Bisakah sebenarnya ia terjadi dalam dunia realiti? Adakah seorang ustaz boleh 'nampak' orang yang tak bertudung sebagai teman hidupnya?

Haha, ini bukan bias pada sesiapa. Cuma satu persoalan yang sangat menarik untuk ditimbulkan. Supaya gadis-gadis tak bertudung di luar sana takkan putus asa dengan apa yang terbaik yang boleh mereka dapat dari Tuhan yang Maha Pemurah.

"Ah, aku ni bukan gadis baik. Ustaz manalah yang sudi terima aku dan sudi jadi pembimbing hidup aku?"

Segala yang berlaku ada hikmahnya. Tuhan tak pernah menzalimi hamba-hambanya melainkan mereka sendiri yang menzalimi diri.

Watak utama adalah Eza Nylea yg dah lama bercinta dgn Rizal. Dia amat setia pada Rizal tapi Rizal jarang2 bertemu dgnnya dgn alasan dia di Puchung, Eza di Johor. Semasa Rizal mungkir janji, Eza bertemu Azalan di Pantai Lido yg membawa kpd ikatan persahabatan yg akrab. Hati Azalan tercuit tapi Eza masih setia pada Rizal namun Azalan tetap sahabatnya. Di rumah Eza menghadapi Syella, manusia yg busuk hatinya, sanggup memburukkan Eza asalkan dia dipandang tinggi oleh orang lain dan Eza dipandang sehina-hinanya. Mulanya cemuhan di belakang lama2 bersemuka hingga memaksa Eza meninggalkan rumah sewanya dan kembali ke pangkuan keluarga. Perkenalan dgn makwe abg Amirnya, Dayana, membawa Eza ke Kuala Lumpur, mendekatkan jaraknya dengan Rizal dan menjauhkan jaraknya dgn Azalan.

Amir dan Azalan bersahabat di luar negara. Kembalinya Azalan merapatkan kembali persahabatan mereka, tambah2 Azalan merupakan tempat Eza mengadu setiap kali Rizal mengecewakan dan mengabaikannya. Masalah di tempat kerja pon diadukan kepada Azalan yg setia mendengar. Rizal sering memberi alasan tidak bersedia utk menjadi tunangan orang, inikah pula suami.

Eza sudah ada perasaan pada Azalan tapi disembunyikan kerana dia terus meyakinkan dirinya bahawa Rizal adalah cinta hatinya walaupun dia tak pernah dihargai. Tak sangka watak syella muncul semula, kali ni di tempat kerja Eza. kali ni dia jadi talam dua muka, berbaik dngan Eza tapi di belakang menyebarkan fitnah dahsyat ke atas Eza. Eza dituduh bertukar pasangan, jahat dan sudah hilang kehormatan diri. Semuanya diadukan kepada Azalan tapi Rizal lebih percayakan Syella.

Kepercayaan Azalan pada Eza memang sgt tinggi. Syella yang bijak memutar kata tu pun tension kerana tak dapat mempengaruh Azalan supaya turut membenci Eza. Syella ni jeles kat Eza sbb dia lebih cantik dari Eza tapi orang lebih sukakan eza daripada dirinya. memang sakit hatila watak Syella ni, tu yang best baca tu. :)

Eza memang frust abih dgn Rizal dan nekad nak putuskan hubungan, masa dia nak luahkan perasaan kat Azalan, Azalan pulak dah bertemu kembali dengan cinta pertamanya dan berniat utk berkahwin tak lama lagi. Rizal yg sudah tahu citer sebenar pergi berjumpa ibu bapa Eza meminta kebenaran utk masuk meminang. Eza sudah bosan dgn Rizal, lagipun mak Rizal tak sukakan dia. Eza pasrah dan menyuruh ibu bapanya menerima saja pinangan sapa2, sepupunya yg gatal tu pun tak pa. Dia dah tak kisah lagi sbb Azalan pon dah nak kawin ngan orang lain. Eza hampir pengsan bila melihat lelaki yg sedang melafazkan akad di hadapan bapanya...

Sinopsis belakang buku:

Orang kata cinta itu indah dan mengasyikkan. Cinta itu juga sungguh romantis dan sukar untuk dilupakan. Namun, adakah cinta itu membahagiakan seandainya si dia tidak bijak melaksanakannya? Adakah cinta itu dianggap buta sekiranya si dia tidak pandai menilaikannya?

Kerana itu, Eza Nylea keliru dalam pencarian cintanya terhadap seorang lelaki bernama Rizal. Mengapa dia sahaja yang mendambakan cintanya selama hampir tujuh tahun dan membina keyakinan sendiri sedangkan lelaki itu langsung tidak menghargai kejujuran, ketulusan dan pengorbanannya?

Dia sahaja yang menjadi penunggu setia dan mengharapkan cintanya dibalas. Namun, Rizal tidak pernah berada di sisi tatkala Eza Nylea amat memerlukannya. Cinta itu memerlukan bukti dan itu yang Eza Nylea mahukan daripada Rizal.

Dalam penantian yang menyeksakan, Azalan datang sebagai seorang sahabat yang sudi berkongsi rahsia hati dan perasaan Eza. Persahabatan ini akhirnya termeterai dengan ikatan kasih sayang.

Eza keliru lagi. Antara Rizal dan Azalan.. yang mana harus diberikan cinta? Di sana masih mencintai, di sini menagih kasih.

"Andai aku dapat merasakan cinta, takkan pernah aku merasakan kesepian dan kehampaan"

p/s : Sebagai manusia, kita dikurniakan dengan pelbagai perasaan. Apabila sesuatu perasaan menguasai diri, kita seharusnya bijak mengendalikan akal dan fikiran untuk sama2 beriringan dengan perasaan yang hadir. Tetapi tidak cik njwa nafikan ia tidaklah semudah yang dijangka. Sering terjadi, kita lebih cenderung untuk mengikut nafsu ‘jahat’ dari memikirkan kesan dari tindakan yang diambil. Di sinilah benarnya peribahasa “kesal kemudian tiada gunanya”.

Seringkali juga kita alpa dengan keadaan sekeliling yang memungkinkan tindakan kita mendapat reflex yang negatif samada terhadap insan lain atau diri sendiri. Kita juga adakalanya alpa untuk mengingatkan diri sendiri akan ketentuan dan kekuasaan Allah SWT. 

Sifat pemaaf adalah salah satu sifat yang sangat mulia. Tetapi… berapa ramaikah diantara kita yang dengan ringan mulut meminta kemaafan seawal kesedaran atau seikhlas hati memberi kemaafan? Ya, adakala, sebagai insan yang tidak puas digoda syaitan, kita mengikut telunjuk yang tidak baik tanpa berfikir panjang. 
Bila nafsu menguasai segenap akal dan fikiran, kadangkala kita alpa pada iman yang dibekalkan. Sesungguhnya tiada seorang manusia pun yang terlepas dari godaan dan bisikan syaitan. Wallahualam…

8 comments:

  1. mcm best jer..btw najwa,nice blog..dah follow njwa

    ReplyDelete
  2. Kak...Mmg best powb kak...Tbuai2 klau bcer...Heee...:D Hockey kak...Tenque yeq...^.*

    ReplyDelete
  3. tgk nama watak pun dh nmpak menarik..
    ehe..

    ReplyDelete
  4. Hee...:D
    sila dpt kn skrg...anda psti tdak akn nyesal...

    ReplyDelete
  5. Assalam, yg nie ttg Pinjaman MARA - cuba koe download nie... kalau tak faham boleh tanya terus ke pejabat MARA yg berdekatan...... http://online.mara.gov.my/conversiononline/Panduan%20Pengguna%20internet.pdf

    Wassalam... ^_^

    ReplyDelete
  6. Ha...Hockey2...Terima ksih yeq....

    ReplyDelete
  7. suka baca novel eh dear? bagus2 :)

    ReplyDelete
  8. Heee..Ha'ah larh cik tikah...Heee...:D

    ReplyDelete