Tuesday, 10 January 2012

Pengorbanan.



Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital...
Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
Dia mendapati ayah kepada budak yg berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..
"Kenapa kamu ambil masa yg lama utk dtg...??? kamu tahu x anak saya dlm bahaya sekarang ini...??? kamu x rasa bertanggungjawab ke...???

Doktor itu tersenyum & berkata :

"Saya minta maaf,saya berada di luar hospital & saya dtg sepantas yg mungkin selepas mendpt panggilan kecemasan itu. Dan sekarang, saya harap awak boleh bertenang. Jadi saya dpt buat kerja saya.."

"Bertenang kamu kata...??? kalau anak kamu berada dlm bilik itu sekarang ini, bolehkah kamu bertenang...??? Kalau anak kamu mati sekarang ini, apa yg kamu akn lakukan...??? kata si ayah dgn marah...

si doktor tersenyum & berkata : 

"Saya akn kata yg Allah telah berfirman dlm kitabNya yg suci "drpd Allah kita dtg & kpdNya kita kembali"... Doktor x mampu memanjangkan hayat seseorg ... Insyaallah kami akn cuba yg trbaik utk anak kamu..."

"Memberi nasihat bila kita tidak mengalami memang senang...!!! gumam si ayah...

pembedahan itu mengambil masa beberapa jam...x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..

"alhamdulillah.. anak anda selamat...!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah... kalau kamu ada sebarang soalan, kamu boleh tanya jururawat....!

"kenapa doktor itu sombong sgt...?! x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tanya beberapa soalan tentang anak saya...?!" komen si ayah selepas melihat jururawat...

Jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipi : "anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya...dia berada dlm upacara pengebumian anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik...& sekarang, dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik... Dia tergesa-gesa untuk menghabiskan upacara pengebumian anaknya ..."



"HIDUP memerlukan PENGORBANAN. PENGORBANAN memerlukan PERJUANGAN. PERJUANGAN memerlukan KETABAHAN. KETABAHAN memerlukan KEYAKINAN. KEYAKINAN pula yg menentukan KEJAYAAN. KEJAYAAN pula akn menentukan KEBAHAGIAAN"

No comments:

Post a Comment