Sunday, 29 January 2012

Sekitar Novel Pelabuhan Kasih...



Assalamualaikum...
Niy nvel kedua yg bjaya wt cik njwa mngalirkan air mta...
Nvel prtma dimenangi oleh novel Andai Itu Takdirnya...
Tp cik njwa ttap nk bg 5 bntang kat nvel niy....
Heee...:D
Cik njwa prnah bcer nvel niy dlu...
Tp...
Smpai skrg msih ingt lg tjok dyer...
Best pnyer psal...
Tuh yg tjok n jln citer msih trsemat di hti n ingatan tuh...
Heee...:D
Puas cik njwa cri nvel niy...
X jmper...
Ingat mau bli...
Hri tuh pown pnjam drpd mksu trsyg, Zila Hamid.


"Izinkan ku pimpin dirimu dari kamar waktu yang sepi itu"

"Kenapa makin jauh makin ringan nama itu meniti di bibirnya?"
".....hatinya tetap bagai digigit. Rindu begitu menggamit hati.Rindu pada mummy tersayang dan yang paling pedih, yang paling sakit, rindunya pada Fatin Nabilah."
"Cinta pertama memang indah, memang hebat tapi tak bermakna cinta yang datang selepas itu tak lagi sehebat cinta pertama. Silap-silap cinta selepas cinta pertama lagi hebat sebab pengalaman cinta pertama boleh dijadikan panduan untuk memperhebatkan lagi cinta yang datang selepas itu."




Sinopsis : 

Fatin Nabilah gadis sederhana yang jauh dari kehidupan sosial. Pelajaran adalah tunggak utama dalam hidupnya. Dia juga berpegang teguh pada prinsip 'lelaki pertama yang keluar dengannya akan dipastikan menjadi suaminya'.

Perkenalannya dengan Azril Adam, teman sekampus telah menerbitkan bibit-bibit cinta yang tidak diduga. Azril menjadi lelaki pertama yang berjaya mencuri hatinya. Kehadiran lelaki itu membuatkan hidupnya semakin ceria. Malah, dia redha menerima sikap panas baran Azril yang sering menyakiti hatinya atas prinsipnya bahawa lelaki itulah bakal teman hidupnya.


Perkahwinan yang dibina ibarat retak menanti belah. Tidak tahu di mana silap, Fatin sering menjadi mangsa cemuhan Azril. Akhirnya, Fatin terpaksa akur bahawa prinsipnya itu harus di campak jauh. Azril ditinggalkan setelah Fatin menjadi saksi pernikahan kedua suaminya dengan Nadira. Fatin pergi bersama dua anaknya dengan hati yang terluka.


Sukarnya hidup yang dilalui Fatin setelah bergelar 'Miss J'. Bermacam dugaan dan rintangan yang dihadapi. Puas menangis. Namun, hidup mesti diteruskan. Demi anak-anak, Fatin harus kuatkan semangat. Di tepis cabaran di tangkis cemuhan. Fatin yakin dia kuat. Namun, dalam hati ada rasa sepi. Ada rasa rindu pada seorang bergelar lelaki.


Cinta pertama memang indah. Tapi tidak bermakna cinta yang datang selepas itu, tidak sehebat cinta pertama. Kehadiran Fazil yang begitu setia, disambut baik oleh Fatin. Biarpun penantian itu satu penyeksaan, tapi jika yang diidamkan akhirnya menjadi nyata, dia rela menunggu biarpun beribu tahun.


Akhirnya, sauh kasih Fatin berlabuh jua. Kali ini diperlabuhan cinta Fazil. Semoga kesetiaan Fazil tetap utuh selamanya, biarpun badai sentiasa bergelora.

p/s : Best jgak nvel niy... Fatin tu cool jer... Penyabar betul... Suami dia nikah pun dia sanggup tengok.. Fuh!!! Mana ada orang pempuan yg mcm tuh... yg si Azril tuh pulak... dia yang buat hal... Lepas tuh terhegeh-hegeh nak berbaik semula dengan si Fatin.. Tak dapat ler beb .. Tak dapat pujuk .. dia guna pulak cara paksa.. tapi si Fatin ni .. terror belasah orang .. haha .. kena sebijik si Azril tu penendang si Fatin .. kena hentak dengan lampu tidur lagik .. amik ko!! haha .. cik njwa shuker si Fazil tu .. mcm loving habis .. setia pulak tu tunggu Fatin .. akhirnya dapat jgak dia orang brsama .. hmm .. best .. happy ending .. huhu... 

Apa yg cik njwa dpt kutip dari nvel ini ialah tidak semestinya gagal dalam perkahwinan bererti sgalanya akan tamat di situ sahaja. Watak Fatin Nabilah yg tabah wajar dijadikan pedoman walaupun wataknya agak "klise". Lebih kurang sama dengan watak-watak heroin lain yang ditonjolkan dalam novel-novel keluaran Alaf 21.Pelabuhan Kasih sesuai dijadikan bahan bacaan ketika bersantai.

Hockey...Salam...


No comments:

Post a Comment