Assalamualaikum...
Pg niy nk citer tntg novel ayat2 cinta pula...
Klau tgk mvie, pergh!!!
Bisa mngalirkan air mter dong...
Tp...
Klau bcer nvel dyer,
ada fning skit larh...
Heee...:D
Jln citer...
Kisah hidup seorang pemuda pelajar di Al Azhar Mesir yang penuh dengan dugaan dan ujian. Mulanya hidupnya adalah berulang-alik ke masjid Abu Bakar, belajar dengan Shiekh Ahmad, kitab agama, sejauh 50km dengan menaiki lrt. Hidup pula bersama pelajar Indonesia 4 orang yang masih belajar Ijazah Sarjana Muda. Fahri namanya, dia sedang menunggu tesis nya diterima di Al Azhar untuk melanjutkan ke Master dan terus phD.
Dalam pada itu, jirannya sekeluarga beragama Kristian Koptik yang tinggal di tingkat atas sangat baik dengannya. Maria, anak perempuan keluarga tersebut selalu menyapa Fahri dan kadangkala menitip barang untuk dibeli pada Fahri, kebetulan Fahri dalam perjalanan ke masjid Abu Bakar. Maria menyimpan perasaan pada Fahri, dan perasaannya membuak-buak bilamana Fahri menghadiahkan ibu dan adik Maria hadiah harijadi, yang ditulis dari Fahri dan rakan-rakan serumah. Keluarga Maria pula membalas dengan menjemput mereka semua makan di restoran elite yang tidak pernah mereka jejaki, dan sejak itu Maria terasa sangat dekat dengan Fahri.
Sementara itu, Maria atas desakan Fahri, telah menyelamatkan Noura (jiran mereka) dari bapa Noura yang bengis. Setelah Noura ditinggalkan di luar apartment, dan menangis terisak-isak, Maria mendapatkan Noura dan membawanya ke rumahnya. Noura menceritakan nasib malang yang dialaminya di mana dia telah dipaksa melacur seperti kakak-kakaknya, dan dia tidak mahu menuruti paksaan ayahnya. Dia telah disiksa.
Fahri memberi cadangan agar Noura tinggal bersama Nurul (rakan Indonesia) yang menuntut di Al Azhar. Noura telah diselamatkan dan rupa-rupanya Noura bukan anak si bengis. Adik Sheikh Ahmad, seorang intelligent telah berjaya mendapatkan ayah dan ibu kandung Noura, dan rupa-rupanya Noura telah tertukar dengan bayi lain semasa kecil.
Pertemuan Fahri dengan Aisha tidak sengaja di dalam lrt ketika Aisha wanita berpurdah itu mempersilakan 2 wanita mat saleh duduk ditempatnya. Aisha dikutuk di dalam lrt oleh lelaki-lekaki mesir yang anti-Amerika. Dari situ, Fahri menyelamatkan Aisha dari dikutuk juga oleh lelaki Mesir yang beramai-ramai bertekak di dalam lrt. Fahri menyeru mereka berselawat. Dari situlah Aisha berkenalan dengan Fahri, dan secara tak sengaja Fahri menyebut nama ayah saudara Aisha, iaitu Herbakan.
Tidak lama selepas pertemuan itu, Sheikh Ahmad mengajukan persoalan jodoh pada Fahri, dan Fahri tau, dalam usia dia yang sebegitu memang patut dia sudah punya calon. Fahri hanya menerima cadangan Sheikh Ahmad tanpa melihat pada foto yang diajukan padanya. Dia berserah. Rupa-rupanya semasa taaruf, keluarga Herbakan yang datang ke rumah Sheikh Ahmad.
Noura pula mencurahkan perasaan pada Fahri dalam surat terimakasih pada Fahri. Fahri tidak dapat menerima perasaan tersebut. Sementara itu Nurul juga memaksa ayah saudaranya yang sedang menuntut phD untuk bertanyakan jodoh pada Fahri, malangnya ayah saudaranya terlalu sibuk dengan tesisnya.
Pernikahan Aisha Fahri berjalan lancar di masjid Abu Bakar, dengan disaksikan oleh keseluruhan pelajar Indonesia di sana. Aisha rupa-rupanya bukan sebarang wanita. Dia adalah wanita elite yang mempunyai kemewahan berjuta-juta dolar. Fahri terkejut dan sedih mengenangkan tanggungjawabnya, namun Aisha seorang wanita yang bepekerti mulia, dia memujuk Fahri dengan menceritakan kisah Khadijah mengahwini Nabi Muhammad saw.
Baru 2 bulan bulan madu mereka, Aisha disahkan mengandung, dalam pada keseronokkan berita gembira, Fahri ditangkap dan didakwa atas tuduhan memperkosa Noura. Dia diseksa di dalam penjara dan Ijazah Sarjana Mudanya ditarik balik. Fahri terkejut dan sangat terpukul. Sementara itu Maria pula jatuh sakit setelah mengetahui pernikahan Fahri. Saksi utama iaitu Maria jatuh sakit, dan tiada saksi lain, melainkan saksi palsu yang telah melihat Noura pergi dihantar oleh Maria ke bilik/rumah Fahri. Sementara itu ibu-bapa Maria memohon pertolongan Fahri untuk menaikkan semangat Maria di hospital. Doktor mengatakan dengan hanya bersuara dan menyentuh Maria dapat menyedarkan dan memulihkan semangat Maria. Fahri bernikah dengan Maria di hospital dengan izin Aisha.
Maria berjaya dipulihkan untuk dibawa sebagai saksi di mahkamah. Akhirnya Fahri berjaya dalam kes tersebut, dan ternyata yang menghamili Noura adalah sibengis itu, sebelum Fahri/Maria menyelamatkan Noura malam itu. Maria pula jatuh pengsan di mahkamah, dan dibawa ke hospital, bersama dengan Fahri. Maria mengigau, dan dalam mimpinya dia telah dihalang dari memasuki syurga. Rupa-rupanya Maria sebenarnya sudah lama memeluk islam, tetapi tidak mempraktikkanya. Dia bertaubat, dan akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Hockey...Salam...

No comments:
Post a Comment