Sunday, 29 January 2012

Sekitar Novel Bicara Hati...



Assalamualaikum...
Hah!!!
Mter pown dh ngantok...
Tp...
Ttap nk tlis jgak tok nvel trakhir niy...
Bicara Hati...


“Tatkala sendirian…hatiku terdengar dengupan Cintamu”

Sinopsis :

DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.

Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.

Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.


Sayangku…

BUKAN aku pinta untuk jatuh cinta.Mungkin satu ketentuan bahawa kita memang telah dijodohkan. Aku takut kehilangan teman yang aku sayang dan kehadiran kau memang tepat pada masanya.

Aku tidak pasti sebenarnya! Adakah wajar tindakan kita dalam mencipta ikatan yang tidak pernah aku fikirkan selama ini?

Tanpa kasih sayang seperti pasangan lain, kau dan aku bersatu! Jangka waktu yang kita ambil untuk menyempurnakan ikatan ini akhirnya telah menghanyutkan kita dengan perasaan sayang anugerah TUHAN. Aku berjaya menempatkan perasaan dalam jiwamu dan kau telah mencuri hatiku ini tanpa aku sedar.

Tetapi, mengapa mesti kita berjauhan hanya kerana sedikit rintangan yang datang dalam kehidupan kita? Mengapa harus kau dan aku menjadi mangsa perpisahan ini seandainya kita perlu memendam kerinduan yang amat membebankan? Jadi… janganlah kau meninggalkan aku bersama-sama kerinduan yang hanya akan menjadi milikmu. 

Pulanglah! Kerana hanya kau yang kurindu…

Tatkala sendirian hatiku terdengar degupan cintamu…


p/s : 
Wlaupown isi kndungan nvel ini sdah dimamah usia. Ttapi bg cik njwa, jln pencritaannya sntiasa sgar bugar wlaupown ditengelami arus ksah cinta yg serba mden skrg ini. Klau tdak slap cik njwa, nvel “Bicara Hati” ini tlah pown diadaptasi oleh drama yg berjdul “Bicara Hati”. Jika anda mlihat dan membca “tagline” nvel ini “Tatkala sendirian…hatiku terdengar dengupan Cintamu”, bg insan yg dlamun cinta, sdah psti kata-kata ini akn membuatkan jiwa trsentuh anda itu “Cair” gitu icon smile NOVEL BICARA HATI...

Hockey...Salam...

1 comment: